-->
Gemini Si Kaca Mata

Tuesday, 29 May 2012

Wuduk

Assalamualaikum semua ..
Hari ini saya mahu ceritakan .. Ok sudah .. baku sangat tu .. hari ni Aina nak ceritakan sikit pasal Wuduk .. 
Ok , sory , Aina tak sempat nak letak gambar k .. rush sikit .. Ok , macam ni , kita semua , masa wuduk , mesti nak amik cepat-2 kan .. tak sampai seminit pun boleh lah .. kilat pun kalah .. tapi apa kata , korg praktik kan apa yang Aina nak bagi tahu .. 

First , Baca Bismillah .. Basuh tangan .. letakkan tangan kiri atas tangan kanan dan gosokkan celah-2 jari tu .. buat yg sebaliknya untuk tgn kanan .. Ok , lepas tu , cantumkan lima-2 hujung jari tangan kanan dan gosok atas taapk tgn kiri .. buat yg sebaliknya utk tgn kiri .. Kumur pulak .. guna sebelah tangan sahaja .. kumurkan sambil tu , gosok bahagian mulut kita .. ulang tiga kali k .. Hidung pula , masukkan air sikit dlm hidung lepas tu , tarik sikit hidung bagi hilang kan minyak..ulang tiga kali .. INGAT !!! Minyak tak bercampur dgn air .. That's why kena hilangkan minyak .. Muka , part penting .. ketika tadah air , baca niat .. dan letakkan tangan di dahi lepas tu bawa ke hidung , angkat tgn kiri .. dan sapukan seluruh muka gunakan tgn kanan .. ulang tiga kali .. Basuhkan tangan hingga ke siku pula .. macam biasa la kan .. ulang tiga kali .. Lepas tu , ubun rambut ye .. basuhkan di pangkal rambut .. ulang tiga kali .. Telinga pula .. ibu jari di belakang cupingdan telunjuk di telinga .. dari bawah , tarik ke atas .. Ok good .. ulang tiga kali .. akhir sekali .. kaki .. letakkan hujung jari di air dahulu .. dana lalukan ke bawah .. sampai ke tumit , gosokkan sikit bg hilang kan najis .. Di sini la kebanyakkan najis terkumpul kerana tumit kita lah yg menampung berat badan kita .. PEREMPUAN ! Jgn mencangkung ok .. Ok lah .. habis dah ni k .. Cuma , nak bg sikit nota tambahan disebabkan tiada gambar k  .. Ok Assalamualaikum .. !



Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".


Contengan Aina's Arianda Pukul...? 16:56
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 20 May 2012

Aurat

Assalamualaikum semua .. Apa habaq ? Sihat dok ? Okee , tajuk hari ni agak mengancam right ? Okee , sebelum tu , tgk lah dulu gambar-2 bawah ni ..








Kalau boleh , baca lah sekali ayat dalam tu okee ?





Baca sikit eh .. Tak salah membaca .. dapat ilmu baru kan ?



Lawa nya .. Purdah lagi tu .. Bila lah Aina nak pakai macam ni ..




Subhanallah ..


Okee semua .. cukup lah ye ? Okee .. Aina rasa Aina pernah buat Entri tentang Aurat .. tp Aina tak berapa nak ingat pulakk ..k tak apa .. Kita sambung balik dgn topik sebenar Aina .. Sedih jugak kan tgk Muslimat zaman sekarang tidak menutup aurat ? Memang lah bukan hak Aina nak tegur atau bercerita tentang Muslimat yang tidak bertudung .. Namun , kita sendri tahu bahawa menutup aurat adalah wajib .. Sama ada suka atau tidak , kita kena jugak tutup aurat .. Sebab , ianya wajib ..

Lagi menyedihkan apa bila baca statement macam ni ..

Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber yang qat’ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat. 

Ada juga yang beranggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam. Ahmad Reda yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki [Rujuk al-Ittijah al-Wataniah fi al-Adab al-Mu’sir, Jil. 2, ms273). Manakala Taha Husin dari Mesir menyatakan dalam bukunya ‘Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr’: “Kita mesti mengikut jejak langkah orang-orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamadunan, sama ada yang baik atau yang buruk, sama ada yang manis atau yang pahit, sama ada yang disukai atau yang dicaci.” Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ianya berbeza dengan Barat. Dr. ‘Imad ‘Abd Hamid An-Najar dalam Jaridah al-Akhbar pula menyatakan: “Adapun mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki dalam kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sesebuah masyarakat berdasarkan keadaannya. Bagi setiap masyarakat ada pakaian dan cara-cara yang memudahkan individunya. Apa yang disebut di dalam al-Qur’an mengenai hijab adalah khusus untuk isteri-isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Hukum-hakam ini bukanlah semestinya berkaitan dengan seluruh wanita.”

Demikianlah di antara sebahagian penentangan-penentangan terhadap hukum Allah yang ditunjukkan oleh kumpulan atau individu yang sudah teracun oleh pemikiran kufur Barat. Di samping itu, masih terdapat ramai juga wanita Muslim yang masih tidak tahu, tidak faham atau salah faham dengan cara-cara menutup aurat secara syar’ie di dalam kehidupan mereka. Justeru, mereka terjatuh di dalam dosa dan keharaman. Justeru, hukum menutup aurat ke atas Muslimah ini mestilah diperhatikan betul-betul agar kita tidak terjerumus ke dalam kesesatan dan dosa.






MasyaAllh .. Sedih nya .. ! Okee , mungkin ramai yang tak tahu cara-2 menutup aurat .. Okee , Aina nak bagi tips pun bukannya Aina reti .. Tapi baca lah apa yang Aina nak share yang Aina "curi" dari website ni .. Korang boleh lah KLIK SINI .. Okee , Aina share kan ye ?


Dalil-dalil tentang Aurat Wanita
(i) Batasan aurat wanita 
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316]. 

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66]. 

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan. 

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45]. 

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud] 

(ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life) 
Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu 

(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan 
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung). 

Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,

“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59]. 

Oleh sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan “jilbab” itu adalah perkataan Arab, maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan “jilbab” di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap orang.

Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak kamus Arab untuk mengetahui makna “jilbab”. Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita). 

Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada.

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31]. 

Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti.  

(iii) Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus/private life) Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah keadaan di mana seseorang wanita itu menjalani kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota keluarganya yang lain.

Adapun cara seorang Muslimah menutupi auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan khusus seperti di rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syarak tidak menentukan bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya, 

“wa laa yubdiina” (“dan janganlah mereka menampakkan”) [Surah An-Nur:31] 

atau sabda Nabi, 

“lam yashluh an yura minha” (“tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya”) [HR Abu Dawud]. 

Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Tetapi ia adalah tertakluk kepada hukum tabarruj (sila lihat perbincangan di bawah).
 
Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar'i, tanpa melihat lagi bentuk, jenis, atau fesyennya. Namun demikian syara' telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak demikian, maka tidak dikatakan menutup aurat. Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya.

(iv) Wajib memakai tsaub, di samping jilbab

Tsaub ialah ‘pakaian di rumah’ iaitu pakaian yang dipakai oleh wanita di hadapan mahramnya semasa berada dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) tatkala tiada lelaki ajnabi (lelaki asing) di dalamnya. Dalil mengapa wajib mengenakan tsaub di dalam jilbab ialah berdasarkan firman Allah,

“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haidh dan mengandung) yang tiada ingin berkahwin (lagi) tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (tsiyab) mereka, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka” [TMQ An-Nur (24):60]. 

Ayat ini membenarkan wanita yang telah putus haid dan tiada keinginan berkahwin menanggalkan atau melepaskan pakaian (tsaub). Ini bermakna, jika tiada ‘pakaian’ di dalam jilbab, bermakna wanita yang telah putus haid berkenaan akan berbogel, walhal berbogel tidak dibolehkan. Justeru, tsaub adalah ‘pakaian dalam’ (pakaian rumah) yang wajib dipakai oleh Muslimah di samping jilbab (pakaian luar) di dalam hayatul am atau di dalam hayatul khas tatkala ada lelaki ajnabi. [Rujuk Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitab Usulul Fiqh:164-147, Abdul Wahab Khallaf kitab Ilmu Usul Fiqh:143-153 dan Sheikh Taqiuddin an-Nabhani dalam kitab As-Syahsiyyah Al-Islamiyyah Juz. 3:178-179].

Larangan Bertabarruj 
Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An-Nur (24):60 iaitu Firman Allah,

“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [TMQ An Nur(24):60]

Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah 

“Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [TMQ Al-Ahzab (33):33] 

Dan Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan, 

“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” 

Abul A’la al Maududi berkata: 

“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna-

(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya); 

(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari]. 

Khatimah
Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi: 

"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa". 

Wallahu ‘alam bi sawab.
















Okee , sory k kalau panjang .. Satu je Aina nak cakap .. Kalau rasa nak "topup" ilmu korang , baca lah k ? 


Okee , 
Hm , Aina nak pesan sikit kepada semua muslimat yang baca blog Aina yang biasa-2 ni  , tolong lah Akak-2 , adik-2 , auntie-2 , granny-2 mahupun muslimin yang beristeri (Nasihatkan lah kepada mereka) supaya labuhkan tudung sehingga bawah paras dada dan baju yang lebih dari punggung .. Aina tak lah sebaik ini namun , selagi Aina bole beri nasihat dan berdakwah , selagi itu lah Aina akan terus menerus buat maca ni .. Hm , Aina sedar .. Aina jugak banyak sangat-2 buat mistake .. Boleh cakap , tak terkira la kan .. Hitung pakai jari pun tak cukup .. Tapi sama-2 lah kita berubah ke arah kebaikan .. 
Okee , Aina mahu out la .. Okee , sebelum tu baca k bawah ni .. Assalamualaikum ..





Renungan bersama.....:)
Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah
hanya tudung semata-mata sebagaimana
yang difahami oleh sebahagian umat Islam
sebaliknya apa yang paling penting ialah
setiap Muslimah mestilah memahami batasan
aurat dalam hayatul khassah (kehidupan
khusus) dan hayatul am (kehidupan umum)
menurut syarak selain menyedari keharaman
bertabarruj atas semua wanita sama ada
belum atau telah putus haid. Menutup aurat
juga hendaklah didasari dengan iman dan
taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah
semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau
rutin harian.♥ ♥ ♥
Contengan Aina's Arianda Pukul...? 18:18
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 19 May 2012

Palestin

Assalamualaikum

Korang ada dengar tak pasal rakyat Palestine yang dikurung dan dibiarkan kelaparan ? Astaghfirullah .. Sedih bila dapat tahu right ? Aina pun .. Bayangkan lah , ada yang sampai 76 hari dibiarkan kelaparan ? Ya Allah .. Kita dekat sini makan 24/7 cukup je .. Lapar je , pergi dapur , tak pun pergi kedai ... Order je .. 10 minit lps tu , makanan dah terpampang depan mata .. Makan pulak , tak baca doa .. Bismillah pun tak sempat , dah melahap .. bila tak habis pulak , buang je .. macam tak ada apa-2 yang berlaku .. Astaghfirullah .. Ya Allah , ampunkan lah dosa mereka ya Allah .. Berilah bantuan kepada mereka .. selamatkan lah mereka .. Seksa lah kami yang banyak dosa ini ya Allah .. Biar kami sedar siapa tuhan kami ..

Ya Allah .. ! Tadi perut Aina berbunyi .. Aina merungut dekat Umi .. Tiba-2 Aina teringat dekat orang Palestine yang lebih kelaparan dari Aina . MasyaAllah .. Senangnya Aina dekat sini .. selesanya Aina dekat sini .. tetapi diorang? terus Aina diamkan apa yang Aina rungut tadi .. Ok baca teks dekat bawah ni k ..





"Bilal Thiab ... 76 hari 

Thaer Halahleh ... 76 hari 
Hassan Safadi ... 70 hari 
Omar Abu Shallal ... 68 hari 
Mohammedd Al-Taj ... 60 hari 
Mahmoud Sarsak ... 54 hari 
Faris Al-Natur ... 47 hari 
Jafar Ezz Al-Din ... 53 hari 
Abdallah Al-Barghouthi 32 hari 

lebih daripada 2000 Banduan .... 27 hari 

Berkongsi dan jangan biarkan Media Barat mengebumikan kes mereka, 
semua mereka meminta HAK ASASI mereka sebagai tawanan perang, 
hak Lawatan, Hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa. 

*mereka terseksa setiap saat, dan boleh mati bila-bila masa sahaja, 
ada yang telah turun 30 kg, bleeding di beberapa bahagian di tubuh, 
dan gigi pun luruh,,, 

sama-sama kita banyakkan taubat & berdoa untuk ikhwah kita di sana,
tolong sebarkan ke semua group yg ada, ini antara usaha kecil yg boleh kita buat , Perang Media ! "





Sedih right ? Tapi admin page yang Aina dapat ni ada cakap yang mogok lapar ni dah tamat .. Baca ni pulak k ..




Salam..

Ramai bertanyakan admin sama ada kenyataan ini benar atau tidak? Admin qoutekan :

"Berita Terbaru!!! > 
tinggalkan gambar2 Dp yang berwarna coklat . ini menunjukkan sesiapa yang menggunakan gambar2 ni dalam profilenya menunjukkan dia adalah tawanan zionis israel, kain penutup dimata memberi maksud kita tidak melihat apa2 kekejaman zionis israel terhadap umat islam. tag perkataan yg tertulis adalah tulisan yahudi. maka, tukar secepat mungkin gambar2 ini."

Jadi admin simpulkan bahawa kenyataan ini tidak berasas dan berfakta, jadi bagi menjelaskan isu ini, ini jawapannya:

1. Gambar adalah simbolik kepada tahanan Palestine yang dipenjara.
2. Coklat adalah warna pakaian yang dikuatkuasakan oleh Perkhidmatan Penjara Israel ke atas tahanan Palestin.
3. Logo di sebelah kanan bermaksud "Shabas" dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Penjara Israel.

Dan untuk makluman mogok lapar itu pun telah tamat kerana Israel laknatullah telah tunduk dan akur atas desakan kita dan juga hasil mogok lapar tahanan PALESTIN.

Dan peringatan sekali lagi, setiap sesuatu yang kita ingin ikut buatlah bacaan atau carian terlebih dahulu supaya kita tidak mudah dimanipulasikan, jangan kita menjadi orang yang hanya ikut untuk keperluan trend dan sebagainya. 

Dan tujuan DP berwarna perang ini adalah:
1. Suatu kempen kesedaran kepada masyarakat bahawa saudara seIslam kita sedang ditindas. 
2. Desakan kepada Israel untuk memberhentikan segala bentuk kekejaman dan siksaan kepada tahanan.

Diharapkan penjelasan ringkas ini dapat menjawab persoalan yang berlegar-legar di fikiran saudara/i. Iringi setiap ibadah kita dengan mendoakan yang terbaik buat rakyat PALESTIN dan saudara2 seIslam kita yang lain walaupun dimana jua kita berada.

Wallhu a'lam..




Ok , sama ada benda ni benar atau tak kita sama-2 lah berserah kepada Allah .. Aina mohon kat sini supaya kita doakan kesejahteraan rakyat Palestin .. Tentera Rejim Zionis  semakin hari semakin menghukum dan menyeksa rakyat Palestin .. Tak faham Aina .. apa yang diorg dendam sangat dengan rakyat Palestin sampai diorg seksa bagaikan tiada peri kemanusiaan .. MasyaAllah .. Hm .. 
Pada siapa yang nak mengikuti perkembangan tentang rakyat Palestin dan ingin mengambil gambar-2 yang tertera seperti di atas boleh lah pergi ke sini Rintihan Seorang Hamba

Ok lah .. sama-2 lah kita berjihad demi Islam .. Assalamualaikum .

Contengan Aina's Arianda Pukul...? 18:56
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thanks BW !

Assalamualaikum , Hello , Hola , Hey , Hai , dan selamat sejahtera ..





Terharu sangat-sangat .. Tak sangka ada yang menghargai blog Aina .. Tak kesah lah sama ada betul atau tak pujian-pujian tu semua , tapi Aina amat-amat berterima kasih .. yang buat Aina makin terharu , ada pulak yang bookmark blog ni .. Serious ? Ke main-main ni ? Terkezuttttt .. Okey-okey .. Thanks again .. n Aina janji , if i had a time , Aina akan post entri baru yang membagi info kepada korg . Assalamualaikum ..




Guys , Girls , Ni Aina buat sign untuk korg yang baik hati tu semua k .. Sayang korg !

Contengan Aina's Arianda Pukul...? 14:17
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)

Chill la dulu....


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Inilah Muka Buku ku...Kalau tidak keberatan...Add lah ye..?

Aina Ardini

Create Your Badge

My wish is....

Jadi Anak Yang baik
Straight A's in SPM 2014
Nak jadi pemain Hoki yang baik
Nak belajar rajin-rajin

My Blog List

  • Kemetot Chomel ♥
    Worksheet Murah RM37.00 sahaja! Latih anak 3M dengan mudah atau Jana pendapatan ribuan ringgit sebulan? Jommm...
  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
  • TIMEless
    [Puisi] Virus
  • Nana Asha
    Under construction.
  • ! Tutorial Untuk Blog | Tips Blogspot
    Cara Block / Ban Notifikasi Game Di Facebook
  • Ukhti's Story
    Liebe du
  • (: SI KUNING EMPAT SEGI :)
    I WANT IT BACK :'(
  • ϟ My Life Begin ϟ
    D A T E
  • Gotcha Story ^^
    Rindu Time nie :'(
  • ★ A S H I E ★
    ❤ Happy Anniversary ❤
  • SyaurahNB's
  • myra
  • woaaa
  • ' Famy Najmi '
  • dina's pot pet:)
  • Shafa Arifin's
  • CERITA TENTANG KAMI -EYJAAKIE-
  • BIEBER WORLD !
  • Let The Music Play

My Weirdly Blog Archieve

  • ►  2013 (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2012 (28)
    • ►  October (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ▼  May (5)
      • Wuduk
      • Aurat
      • Palestin
      • Thanks BW !
      • STALKER
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (7)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (28)
    • ►  December (21)
    • ►  November (7)
Backgrounds by MyCuteGraphics.com
[close]


Powered by Blogger.
.img {filter:alpha(opacity=100); -webkit-transition-duration:.5s; -moz-opacity:1.00; opacity:1.00;} img:hover {filter: alpha(opacity=100); opacity:1.00;} .img:hover {filter:alpha(opacity=60); -moz-opacity:0.6; opacity:0.6;}
Copyright @ 2011-2011: All right preserved by Aina Ardini